Padang mula bangkit

PADANG: Pasar dibuka dan kanak-kanak juga kembali ke sekolah, tetapi di pedalaman, beberapa kampung yang tertimbus akibat tanah runtuh terpaksa dibiarkan sebagai kubur besar selepas usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa dihentikan. Ada kanak-kanak yang pergi ke sekolah ketika usaha memulihkan semula keadaan berjalan. Di tempat lain, khemah digunakan untuk mengadakan kelas.
"Bangunan sekolah selamat tetapi kami tiada kuasa elektrik dan bekalan air," kata Tri Raswati, 17, di Sekolah Tinggi 3, Padang Timur.
Pembukaan kelas sebahagian besarnya adalah simbolik, hanya beberapa ratus kanak-kanak berpeluang berjumpa guru dan menerima kaunseling akibat trauma, termasuk kematian saudara mara serta tidak berumah. "Kerajaan menggesa kelas dimulakan secepat mungkin supaya mereka boleh kembali kepada keadaan normal," kata Amson Simbolon, pegawai pendidikan Unicef, ketika kelas matematik bermula untuk kira-kira 300 murid di satu sekolah di sini.
Unicef menyediakan 15 khemah, setiap satu boleh memuatkan 50 hingga 60 kanak-kanak. Seorang pegawai tempatan berkata, usaha membina semula mungkin mengambil masa dua tahun atau lebih.


"Jika kita melihat pengalaman pada 2007 ketika gempa dengan kekuatan 7.9 skala Richter melanda bandar ini, kami perlu sekurang-kurangnya dua tahun membangunkan semula Sumatera Barat," kata Ade Edward, ketua Unit Pengurusan Bencana dan Pelarian Sumatera Barat. Sementara itu, pekerja penyelamat menghentikan pencarian sebaliknya memfokus untuk memberi bantuan kepada mangsa yang masih hidup.
"Sehingga sekarang, saya anggap sukar untuk menjumpai ramai mangsa yang masih hidup," kata Ignacio Leon, ketua agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Indonesia. "Saya tidak mahu memutuskan harapan penduduk, namun fokusnya akan berubah dan kami akan menyokong kerajaan lebih lagi di bahagian bantuan," katanya.

Jumlah kematian akibat gempa Rabu lalu di Sumatera Barat dijangka mencapai beribu-ribu orang sebaik saja mangsa yang hilang diisytiharkan terkorban. PBB berkata, 1,100 orang maut sementara kerajaan meletakkan jumlahnya 603 orang. Tidak dapat dipastikan jumlah mereka yang kehilangan rumah. Tetapi, agensi bencana alam Indonesia berkata, 180,000 buah rumah dan 20,000 bangunan musnah. Dalam perkembangan lain, Agensi Meteorologi, Kaji Cuaca dan Geofizik mengesan 582 gempa susulan di Sumatera Barat sejak dilanda gempa bumi 7.6 skala Richter. "Gempa susulan terus melanda, namun pada tahap sederhana," kata ketua pejabat agensi Padangpanjang, Taufik Gunawan.
Beliau memberi amaran bahawa Sumatera Barat terdedah kepada gempa besar kerana ia terletak dalam plet tektonik Indo-Australia yang rapuh dan justeru penduduk di wilayah itu perlu tahu mengenai prosedur menghadapi bencana.

 – Agensi

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".
# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

ILuvislam.com

3,000 terperangkap

PADANG: Hampir 3,000 mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan selepas gempa bumi melanda Sumatera Barat, tiga hari lalu.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kementerian Kesihatan Indonesia, Priyadi Kardono, berkata sehingga semalam, 715 disahkan terkorban, manakala 2,400 mangsa dimasukkan ke hospital.
Gempa bumi itu mengakibatkan kemusnahan teruk kepada sebahagian besar Sumatera Barat, dengan kebanyakan kerosakan berlaku di Padang, ibu negara wilayah itu. Priyadi berkata, lebih 20,000 bangunan dan rumah rosak teruk atau musnah sama sekali, manakala yang dipercayai masih terperangkap adalah di Padang dan enam daerah lain.


Pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari mangsa, manakala bantuan antarabangsa termasuk khemah, ubat-ubatan, bekalan air bersih dan beratus pekerja penyelamat mula tiba di wilayah itu semalam.
Operasi menyelamat bagaimanapun terjejas berikutan terputusnya bekalan elektrik dan kekurangan jentera berat bagi mengalihkan runtuhan batu. Gempa bumi dengan kekuatan 7.6 pada skala Richter, melanda wilayah itu petang Rabu lalu, mengakibatkan beribu-ribu bangunan runtuh, manakala telefon terputus hubungan, menyebabkan sukar untuk menentukan angka sebenar kerosakan dan kehilangan nyawa.


Malaysia, Australia, Korea Selatan dan Jepun adalah antara negara yang menawarkan bantuan. Pekerja menggunakan lampu kalimantang dan jentera penggali untuk mencari pelajar, dipercayai terperangkap di sebuah bangunan sekolah yang runtuh. Akhbar Jakarta Post melaporkan, seramai 60 pelajar sedang menghadiri kelas tambahan, ketika kejadian berlaku. Keadaan di Padang diburukkan dengan kekurangan bekalan bahan api, kedai kehabisan bekalan makanan dan penduduk sukar mendapatkan bekalan air bersih.

Kebanyakan jalan di wilayah itu musnah berikutan tanah runtuh. Sebuah klinik dua tingkat di hospital utama bandar itu telah kosong selepas operasinya tamat turut roboh. Pesakit di beberapa wad kecemasan dipindahkan ke khemah berhampiran, manakala rumah mayat sementara didirikan bagi menampung tempat penyimpanan mayat. Keadaan di Pariaman yang berhampiran pusat gempa dilaporkan lebih buruk dengan beratus-ratus bangunan musnah sama sekali, tetapi keadaan di kawasan lebih terpencil belum diketahui.
Pelajar  Malaysia yang cedera, Felicia Francisca dibawa pulang bersama 300 pelajar lain menaiki tiga pesawat khas TUDM.

– Reuters

RAHSIA EJAAN NAMA....(saje suka-suka)

R
-anda seorang yang gemar social.
A
-anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda
H
-anda bukan seorang judgmental, kurang otak keadilan
A
-anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda
Y
-anda selalu penyebab pada banyak masalah
A
-anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda
T
-anda ada sikap canggih, amat canggih
U
-anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain


A
-anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda
Z
-anda selalu bergaduh dengan seseorang
L
-anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam ke dalamnya
I
-anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum
N
-anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan


R
-anda seorang yang gemar social.
A
-anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda
H
-anda bukan seorang judgmental, kurang otak keadilan
I
-anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum
M
-kejayaan mudah datang kepada anda.
A
-anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda
H
-anda bukan seorang judgmental, kurang otak keadilan


M
-kejayaan mudah datang kepada anda.
U
-anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain
N
-anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan
I
-anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum
R
-anda seorang yang gemar social
A
-anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda
H
-anda bukan seorang judgmental, kurang otak keadilan

KENAPA MANUSIA DI UJI OLEH ALLAH SWT

1- Untuk mencapai pengabdian hakiki kepada Allah SWT.

2- 
Ujian yang menimpa umat Islam secara khusus, adalah untuk mematangkan mereka dalam kehidupan di muka bumi ini..

3- Bertujuan untuk menghapuskan dosa yang dilakukan oleh manusia.

4- Bertujuan untuk memperolehi pahala serta memartabatkan kedudukan mereka di sisi Allah SWT.

5- Dengan adanya ujian, ia memberi peluang kepada manusia untuk memikirkan akan segala
kesalahan yang dilakukan pada diri sendiri dan orang lain di masa lampau.

6- Ujian merupakan satu pengajaran untuk kembali bertauhidkan kepada Allah.

7- Ujian juga mampu untuk menghilangkan rasa ego dalam diri dan menyediakan jalan untuk mendekati Allah.

8- Ujian ditimpakan ke atas manusia adalah untuk menyedarkan mereka akan kelebihan yang ada pada diri mereka setelah diuji.

9- Ujian juga berperanan untuk mendidik manusia menjadi matang dan mantap dalam segenap aspek kehidupan mereka.

10- Untuk mengenal kawan sebenar atau kawan yang berkepentingan, ia boleh didapati setelah adanya ujian daripada Allah.

11- Ujian juga mampu untuk mengingatkan manusia akan segala kesalahan sebagai persiapan untuk bertaubat kepada Allah.

12- Ujian mampu menyingkap hakikat sebenar dunia yang menjanjikan pelbagai tipu daya..

13- Ujian mampu untuk mengingatkan manusia akan kelebihan nikmat kesihatan dan kurniaan Allah.

14- Ujian menjanjikan kerinduan manusia untuk memasuki syurga Allah.

Akibat Kemajuan Teknologi...

Kira-kira apa yang terjadi jika sistem teknologi di dunia sudah sangat canggih. Apalagi kalau sistem database sudah mampu mengatur kehidupan manusia. Berikut ini rekaman percakapan telepon pemesanan Pizza pada tahun 2020 antara seorang operator Pizza dengan konsumennya.


Operator: Terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot, Apakah yang bisa saya....
Pelanggan : Heloo, saya mau pesan pizza.
Operator : Boleh minta nombor kad pengenalan anda pak?
Pelanggan : Tunggu, ini nih: 6102049998-45- 54610.
Operator : Ok pak Bejo, anda tinggal di jalan hangtuah no. 16, nomor telepon rumah anda 02177726378, pejabat anda 021665872673 Hp anda 081127894022, anda menelefon dari mana?
Pelanggan : Dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no telp saya?
Operator : Oh, kami terhubung ke database pusat pak.
Pelanggan : Apakah saya boleh memesan Seafood Pizza?
Operator : Itu bukan ide yang bagus pak.
Pelanggan : Kenapa?
Operator : Dari medical record bapak, bapak memiliki tekanan darah tinggi dan kolestrol yang sudah berlebihan.
Pelanggan : Jadi kamu mencadangkan apa?
Operator : Mungkin bapak boleh memesan Low Fat Hokkien Mee Pizza.
Pelanggan: Dari mana kamu tahu saya bakal suka itu?
Operator : Hmmm minggu lalu bapak baru meminjam buku yang berjudul "Popular Hokkien Dishes" dari perpustakaan.
Pelanggan : Ok terserah lah,saya pesan pakej sekeluarga, berapa semuanya ?
Operator : Tapi pakej keluarga kami tidak akan cukup untuk anak anda yang berjumlah 7 orang pak, total keseluruhan adalah Rp. 190.000.
Pelanggan: Bisa saya bayar dengan Kad Kredit?
Operator : Sepertinya bapak harus membayar Cash, kad kredit anda telah over limit, dan anda mempunyai hutang di bank sebanyak Rp. 5.350.000 sejak bulan Agustus lalu, itu belum termasuk denda untuk tunggakan kontrak rumah anda dan kereta.

Pelanggan: Ooh ya sudah, nanti saya ke ATM aja untuk ambil duit sebelum pesanan pIzza itu sampai.
Operator : Mungkin tidak boleh  juga pak, record anda menunjukkan bahwa batas anda mengeluarkan wang di ATM telah tercapai.
Pelanggan :Sudah lah!!! Hantarkan saja pizzanya kesini, saya akan bayar cash disini, berapa lama Pizza dihantar?
Operator : Sekitar 45 minit pak, tapi kalau bapak tdk boleh menunggu, bapak boleh mengambilnya sendiri dengan motor bebek bapak yang sudah butut.
Pelanggan: APA ????
Operator : Menurut catatan kami, anda memiliki motor bebek tahun 2000 dengan no pol B3344CD betul kan pak?
Pelanggan: AHHH??Tidak sopan langsung, rekod macam itu pun kamu boleh tahu???
Operator : Hati-hati dengan ucapan bapak, apakah bapak ingat 15 Mei 2010 anda pernah di penjara 3 bulan karena mengucapkan kata kesat dan kurang sopan kepada seorang polis??
Pelanggan: (Diamm, bingung, pusing 700 keliling)
Operator : Ada yang lain pak?
Pelanggan: Tidak ada, eh tapi kalau pesan pakej keluarga kan ada percuma coca cola 3 cup kan?
Operator : Betul pak, tapi menurut catatan kami anda juga mengidap DIABETES, jadi kami tidak mahu mengambil risiko pak.
Pelanggan: AAAHHHHHH!!!!!!. BATALIKAN  AJA SEMUA !!
Operator : Terima kasih atas telefonnya pak, untuk saranan dan kritik anda boleh isa mengisi form online pada situs kami, username dan passwordnya tercetak pada bagian bawah kotak pizza yang anda pesan, terima kasih anda telah mengubungi Pizza Hot.

Hehhehe.....

Ramadhan dah berlalu, Syawal tetap disi

Ramadhan sudah berlalu, namun Syawal tetap diisi dengan amlan untuk kita perbaiki diri, menundukkan hasutan syaitan mahu pun nafsu diri. Begitu mulianya ALLAH dan betapa kasihnya DIA kepada kita hambaNya. Walaupun Ramadhan sudah berlalu dan pada bulan tersebut kita diberi berlipat pahala andai kita mengerjakan segala suruhanNya sama ada wajib mahu pun sunat, Namun tidak cukup dengan itu, di bulan Syawal ini diberi peluang lagi untuk kita mengisi bulan Syawal ini dengan bermaafan sesama manusia, dan ianya boleh dikira sebagai bulan yang mana kita memperbaiki hubungan sesama muslim, sesama manusia. Selain itu, di bulan ini, marilah kita mengaantikan puasa yang telah kita tingaalkan di samping mendapat ganjaran puasa ganti, Allah juga maha Pengasih & pemurah memberi ganjaran puasa 6 hari di bulan Syawal, jangan tunggu bulan Rejab mahu pun Syaban tahun depan menjelma baru nak puasa ganti...
Selamat berpuasa di bulan Syawal...

WAKTU HARAM SOLAT

1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit. ie subuh   
    from 5.35am to 7.05am. 7.05am + 28mins = 7.33am
    Therefore from 7.05am to 7.33am ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram utk   

    melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
    Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai org yang  

    menyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7.00pg dan ingin  
    mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu.

2. Waktu zawal/Istiwa/ rembah iaitu matahari berada tegak diatas kepala iaitu apabila kita 

     berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali di bawah kaki kita.
     Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya   

     dalam 5-10mins sebelum waktu zohor. Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga  
     waktu selepas azan i.e. 20 mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-
     orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya 
     ialah sepertiga malam i.e. sesudah azan hingga 10.30mlm.

Wallahualam....

PANTUN RAYA IKUT NEGERI

KELANTAN
make ikke cicoh budu
jange lupo tamboh satar
kelik rayo taksir laju
nanti rayo dale sepita


TERENGGANU
makang ubi jamang jepong
makang kepok cicah cuke
bulang pose mung bengong
bulang raye mung gile


PAHANG
sepadan pahang da kasino
nasi dagang ikan patin
jange mu masam muko
raya makan rendang sadin


JOHOR
cegitu cegini awak suke
awak suke kite tak suke
esok luse hari raye
sama-sama bersuke rie


MELAKA
hawau kau berak merata
kaki bengkak ulau patok
kalu balik naik kerete
jangan pandu kalau ngantok


SELANGOR
wa cakap lu wa tak tau
tapi wa tipu sama lu
raya jangan wat tak tau
angpau ada bagi gua dulu


PERAK
gulai tempoyak ikan mayong
deroyan busok tebok tupai
pandu hemat ingat kampong
asal teman selamat sampai


KEDAH
aloq staq terketaq-ketaq
lapaq perut makan pau
macam mana tak ketaq
kena paksa bagi angpau


PULAU PINANG
nasi kandaq kedai mamak
anak mami jual pesemboq
lepas raya usah dok triak
kalu ceti mai ikut dapoq


PERLIS
padang besaq kecik aja
tempat siam lalu lalang
hari raya kita berbelanja
jangan sampai menambah hutang


NEGERI SEMBILAN
masak lomak cili api
campo dongan daun turi
hari rayo kolumpo sopi
tinggal penyamun dongan pencuri

RAYA 2009...

raya kali ini..ok ja..
tp iklan raya petronas tahun ni xde...
sedih..