H1N1...64 KEMATIAN TELAH BERLAKU

17 OGOS 2009

2 KEMATIAN DICATATKAN


  1. Seorang bayi lelaki berumur 7 bulan yang juga pengidap asma, dimasukkan ke ICU hospital pada 7/8/09 kerana demam, batuk dan sesak nafas selama 2 hari. Bayi tersebut telah mendapatkan rawatan di klinik swasta pada hari sebelumnya. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 8/08/09 dan disahkan jangkitan H1N1 pada 12/08/09. Walau bagaimanapun, bayi tersebut telah meninggal dunia pada 15/8/09 disebabkan oleh severe pneumonia with acute respiratory failure.

  2. Seorang wanita warga emas berumur 74 tahun yang mengidap diabetes dan kegagalan jantung (CCF) telah dimasukkan ke hospital pada 10/8/09 setelah didapati pengsan di rumahnya. Pesakit telah dilaporkan mengalami demam dan batuk sejak 8/8/09 (2 hari sebelum kemasukan ke hospital) dan rawatan antiviral telah dimulakan pada 11/8/09. Walau bagaimanapun beliau telah meninggal dunia pada 12.08.09 disebabkan olehsevere pneumonia. Kes telah disahkan positif influenza A(H1N1) pada 13/08/09