jika aku jatuh cinta....

Bismillahirrahmanir rahim..

Ya 
Allah
Jika aku jatuh cinta Ya Allah
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu. .

Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku untuk menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta palsu..

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya 
Agar.. tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul `Izzati...
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid pada jalanMu..

Ya Allah…
Jika aku aku mendapati cinta kekasihMu Ya Allah
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir padaMu..

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu Ya Allah
Jangan..jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh 
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..

Ya Allah…
Jika kau halalkan aku bagi kekasihMu
Janganlah biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki 
Dan rindu abadi
Hanya kepadaMu Ya Allah…
Amin..YA RABBAL `ALAMIN…

wanita si pohon semalu....

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna 
wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

jangan pecahkan pinggan anda....

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca. Tiada nilainya lagi. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm 
tong sampah yg hina.

Begitulah jua halnya dgn Allah SWT. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita..Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak utk menghumbankan kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

kelebihan wanita di sisi islam

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. 

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. 


3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat. 


4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita   

     yang tidak hamil. 

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)  

      akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih 

      akan mendapat pahala jihad. 

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya 

      yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya 

     dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. 

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian 

      menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada 
      suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan 
     dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang 
    dibuat daripada yakut. 

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan 

       diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah 
       memberi 12 tahun pahala ibadat. 

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang 

       itu dengan doa keberkatan. 

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan 

        rezekinya. 

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu 

        lantai di baitullah. 

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya 

        untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka. 

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. 


16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. 


17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap 

        kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. 

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati 

       syahid. 

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. 


20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-

         maal! aikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan 

       memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika 

        wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak. 

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. 


24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. 


25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan 

        datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia 
        ini dengan istiqamah. 

baik buruk dalam hidup...

Kita suka menerima pujian, tapi tidak suka menghadapi penghinaan dan kritikan. Suka dengan penerimaan, tapi tidak suka dengan penolakan. Suka dengan kesenangan, tapi tidak suka dengan kemuraman.

Betapa banyak orang yang selalu mengharap kebaikan, memimpikan kebahagiaan, membayangkan keindahan, tapi tidak suka dengan kebalikan dari hal-hal tersebut.

Tiap segala sesuatu yang ada di dunia ini selalu berpasangan, ada senang, tentu ada sedih, ada senyum, ada juga air mata, ada suka dan berpasangan dengan duka. Di samping manis, ada pahitnya rasa, selain cerah, juga ada mendung di langit sana.

Jangan terlalu tinggi menaruh harapan, kerana kita boleh sakit jikalau terjatuh, jangan terlalu jauh bermain dengan bayangan keindahan, nanti akan letih jikalau tidak kesampaian.

Bersikap realistik, jangan terlalu tinggi dalam menilai diri. Tetap optimis dan semangat!

Ada beberapa hal yang terlihat indah bagi diri kita, padahal ia tidaklah seindah yang kita duga dan (mungkin) ada banyak hal yang kita anggap sedih dan menderita, padahal ia hanyalah berupa kebaikan-kebaikan yang hikmahnya belum terjangkau akal-fikiran kita.

Tawakal itu menyelaraskan antara keyakinan dengan amal perbuatan. Sedang syukur itu (menurut saya) adalah bergembira menerima segala hasil usaha dan dengan kata lain redha dengan segala pemberian dan ketentuan dari Ilahi.. ^_^

Berharaplah untuk yang terbaik, namun bersiap sedialah untuk yang terburuk

tips bersahabat.......

"Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya….

Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya….

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya… ..

Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya… .

Andai kau ingin bersahabat,Terimala h dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa…

Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…

Tapi bersahabatlah kerana Allah..

pendayung sampan



Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. 

 
Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. 
 Professor memang mencari pendayung sampan yang   pendiam   agar tidak banyak bertanya ketika dia   sedang membuat kajian. 
    
Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. 
 Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian 
 
digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di 
  dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat 
 
kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu 
 mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia 
 
berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."  

      
"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata 
Professor itu.      


Pendayung sampan itu akur dan mula 
  memusingkan sampannya ke arah pantai... Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.. 
 
   
"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya 
 Professor itu. 
 
"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu
dgn ringkas. 
 
"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". 

 
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari
mendayung sampan?" Tanya Professor itu.       


Pendayung sampan itu 
hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu 
 
bertanya lagi, "Kamu 
  tahu geografi?"      


Pendayung sampan itu menggelengkan 
  kepala. 
 
"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari 
  usia kamu." 
 
Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" 

 
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.      


"Kasihan. 
Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu 
 
masih lagi bertanya.. 

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan  kepala. 
 
"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 
  peratus dari usia   kamu.Malang sungguh nasib kamu,  semuanya taktahu.Seluruh usia kamu   dihabiskan sebagai pednayung sampan." Kata Professor itu dengan nada  mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya     
   
Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun.Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu 
 
dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan   pendayung sampan terpelanting. Sempat pula 
 
pendayung sampan itu bertanya,      


"Kamu tahu berenang?" 
 
Professor itu menggelengkan kepala. 
 
"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai. 

 
 
 
Morale of the Story: 

 
Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.  
Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi. 
Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan? 
 
   
Hikmat Inspirasi: 
 
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.   
 
Usaha sempurna adalah kemenangan 
..


Allah beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun 
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Allah juga memberi 
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manfaatkan

1 tamparan untuk 3 pertanyaan......

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke 
tanah
air.
Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari 
seorang
guru agama, kiyai atau siapa saja yang bisa menjawab 3 
pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang 
kiyai.

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanya an saya?
Kiyai : 
Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak 

mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencoba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:
 

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud Tuhan kepada saya
 

2.Apakah yang dinamakan takdir
 

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat
dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka 
memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : (sambil menahan sakit) Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
 

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak bisa.
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari
saya hari ini?
Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar
anda?
Pemuda : 
Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat
dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat 
yang
menyakitkan untuk syaitan.