R indu akan kedatangan bulan

A ntara bulan yg penuh keberkatan

M unajat, doa dikabulkan

A l-quran, solat jadi amalan

D ahaga dan lapar jadi ujian

H adirnya menjadi pentarbiyyahan

A gar bertambah lagi keimanan

N anti perginya meninggalkan KETAQWAAN

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK





Ramadhan 2 Zaman (the Zikr)

Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malang terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur al-Qur’an
Tapi malam kami muram berkabung dengkur

Mereka berlumba mengejar ma’rifah
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

SELAMAT BERPUASA

perkataan yang cantik "ALLAH",
lagu yang merdu "azan",
novel yang menarik "al-Quran",
senaman yang baik "solat",
diet yang baik "puasa",
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.....

Ramadhan menjelma lagi

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa” [Al Baqarah:183]

Selamat menjalankan ibadah puasa. Ehm..selalunya inilah saat yang ditunggu-tunggu. Bila Ramadhan menjelma, maksudnya Syawal pun dah nak dekat. Tetapi, saat meniti bulan Ramadhan, mengajar kita banyak perkara yang membuatkan kita sedar dan syukur teramat sangat kita diberi pelunag sekali lagi untuk merasa keindahan Ramadhan itu sendiri..Pa pun, harap apa juga yang kita laukan di atas muka bumi ini ikhlas semata-mata untuk-Nya.
Semoga kita semua sentiasa d bawah Rahmat-Nya. Salam Ramadhan dr kami....

PAHALA SETIAP MALAM SUNAT TERAWIH SEPANJANG BULAN RAMADHAN

Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 : Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 : Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 : Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 : Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 : Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 : Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin
Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 : Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 : Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

JAGA KESIHATAN

H1N1 adalah wabak yang meragut ramai nyawa manusia..

mudah-mudahan kita menjaga kesihatan dan kebersihan diri..

disamping itu segera berjumpa doktor jika demam atau kurang sihat..

take care.

H1N1...67 KEMATIAN

18 OGOS 2009

3 KEMATIAN DICATATKAN...

  • Seorang wanita berumur 33 tahun telah dirujuk ke ICU hospital pada 7/8/09 di mana radang paru-paru yang dihadapinya bertambah teruk setelah 4 hari mendapat rawatan di hospital swasta. Pesakit telah dilaporkan mengalami demam dan batuk sejak 31/7/09 (dirawat di klinik swasta selama 2 hari dan dirujuk ke hospital swasta kerana radang paru-paru pada 3/8/2009). Rawatan antiviral telah dimulakan pada 7/8/09. Walau bagaimanapun beliau telah meninggal dunia pada 12/8/09 disebabkan oleh severe bronchopneumonia. Kes telah disahkan positif influenza A(H1N1) pada 12/08/09.
  • Seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun telah dimasukkan ke Hospital pada 27/7/09 dan telah didiagnosa sebagai Systemic Lupus Erythematous. Kemudian pada 5/8/2009 beliau dipindahkan ke ICU dengan gejala susah bernafas, sakit dada dan sakit perut. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 7/8/09. Walaubagaimanapun beliau telah meninggal dunia pada 13/8/09 disebabkan oleh Systemic Lupus Erythematous with severe pnuemonia with renal impairment. Kes telah disahkan positif influenza A(H1N1) pada 13/8/2009.
  • Seorang wargaemas berumur 71 pula adalah merupakan pengidap Chronic Obstrutive Airway (COAD), Hypertension, Ischaemic Heart Disease and Type II Diabetes Mellitusmengalami demam, batuk dan susah nafas selama 2 hari dimasukkan ke hospital pada 12/8/09. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 12/8/09. Walaubagaimanapun beliau telah meninggal dunia pada 14/8/09 oleh Ischaemic Dilated Cardiomyopathy precipitated by pnuemonia. Kes telah disahkan positif influenza A(H1N1) pada 15/8/2009.

H1N1...64 KEMATIAN TELAH BERLAKU

17 OGOS 2009

2 KEMATIAN DICATATKAN


  1. Seorang bayi lelaki berumur 7 bulan yang juga pengidap asma, dimasukkan ke ICU hospital pada 7/8/09 kerana demam, batuk dan sesak nafas selama 2 hari. Bayi tersebut telah mendapatkan rawatan di klinik swasta pada hari sebelumnya. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 8/08/09 dan disahkan jangkitan H1N1 pada 12/08/09. Walau bagaimanapun, bayi tersebut telah meninggal dunia pada 15/8/09 disebabkan oleh severe pneumonia with acute respiratory failure.

  2. Seorang wanita warga emas berumur 74 tahun yang mengidap diabetes dan kegagalan jantung (CCF) telah dimasukkan ke hospital pada 10/8/09 setelah didapati pengsan di rumahnya. Pesakit telah dilaporkan mengalami demam dan batuk sejak 8/8/09 (2 hari sebelum kemasukan ke hospital) dan rawatan antiviral telah dimulakan pada 11/8/09. Walau bagaimanapun beliau telah meninggal dunia pada 12.08.09 disebabkan olehsevere pneumonia. Kes telah disahkan positif influenza A(H1N1) pada 13/08/09

DAH TAU CARA NAK CONVERT KE PDF

alhamdulillah....
akhirnya dpt jg aku tau cam ner nak convert ke pdf...
lega rasanya...
berkat berkawan dengan ramai org...

to my friend...
nanti aku ajar cam ner ok...
hehehe
sronok bangat...

H1N1...62 KEMATIAN TELAH BERLAKU

16 OGOS 2009...

3 KEMATIAN DI CATAT KAN
  • Seorang kanak-kanak lelaki istimewa (Down’s Syndrome) berumur 6 tahun yang juga mengalami penyakit jantung berlubang, dimasukkan ke hospital pada 09.08.09 setelah mengalami simptom infuenza bermula sejak 06.08.09(2 hari), simptom termasuk kesukaran bernafas. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 09.08.09 dan kes disahkan positif Influenza A(H1N1) pada 12.08.09. Kes ini meninggal dunia pada 13.08.09 disebabkan pneumonia with underlying Down’s Syndrome with AVSD and Pulmonary Hypertension.

  • Seorang kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun, dimasukkan ke hospital pada 01.08.2009 dengan simptom demam dan batuk 5 hari serta susah bernafas 1 hari sebelum dimasukkan ke hospital. Kes disahkan positif Influenza A(H1N1) pada 03.08.09 dan rawatan antiviral telah dimulakan pada hari yang sama. Walaubagaimanpun kanak-kanak ini meninggal dunia pada 14.08.09 disebabkan severe pneumonia.

  • Seorang lelaki berumur 50 tahun dimasukkan ke hospital pada 03.08.09 kerana mengalami demam, batuk dan sukar bernafas sejak 28.07.09. Dua hari sebelum dimasukkan ke hospital beliau juga mengalami muntah dan cirit birit. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 04.08.09 dan kes disahkan positif influenza A(H1N1) pada 06.08.09. Beliau walaubagaimanapun meninggal dunia pada 13.08.09 disebabkan oleh septicemia with severe pneumonia.

KASIH SAYANG MENGIKUT BULAN KELAHIRAN...PART 2

MEI

1. Amat mudah jatuh cinta
2. baik dan jujur dalam perubungan
3. pandai menarik hati pasangan
4. Perasaan cinta yang mendalam
5. Mudah untuk dipujuk
6. Kurang suka untuk sentiasa bersama
7. Mudah menerima cinta seseorang.
8. pandai mengatur hidup pasangan.
9. Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan
10. Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tidak pandai memperlihatkan
11. Ambik berat dalam menjaga hubungan
12. Pasangan ideal: JUN, SEPTEMBER, OKTOBER & NOVEMBER

JUN

1. Amat pandai menjaga hati pasangan sekirannya dia perempuan
2. Sukar melukai dan memahami hati pasangan
3. Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih
4. Cerewet dalam hubungan
5. Mudah merajuk dan mudah dipujuk
6. Cepat rasa bosan dalam percintaan
7. Kurang yakin dalam perhubungan
8. Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang
9. Elok untuk menjadi ibu yang baik
10. Dahagakan pujian dari pasangan
11. Pasangan ideal: JANUARI, MAC, MEI & OGOS

JULAI

1. Amat suka didampingi pasangan.
2. Sukar di mengertai oleh pasangan
3. Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan
4. Amat mudah dipujuk dan berterus terang
5. Amat menghargai kesetiaan pasangan
6. Suka merajuk dan dipujuk
7. Setia terhadap pasangan
8. Suka mendengar dan tidak suka membantah
9. Cemburu tehadap pasangan
10. Suka menilai dan menjaga hubungan
11. Pasangan ideal: APRIL, JUN & JULAI

OGOS

1. Tidak serius dalam perhubungan
2. Mengambil mudah dalam perhubungan
3. kesetiaan di ragui
4. pandai memujuk pasangan
5. Suka memimpin pasangan
6, Romantik, pengasih dan penyayang
7. Kelam kabut dalam perhubungan
8. Sering bertukar pasangan
9. Sukar mencari pilihan yang tepat
10. Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minimum
11. Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan
12. pasangan ideal: JANURI, JUN, OKTOBER & DISEMBER