Ramadhan sudah berlalu, namun Syawal tetap diisi dengan amlan untuk kita perbaiki diri, menundukkan hasutan syaitan mahu pun nafsu diri. Begitu mulianya ALLAH dan betapa kasihnya DIA kepada kita hambaNya. Walaupun Ramadhan sudah berlalu dan pada bulan tersebut kita diberi berlipat pahala andai kita mengerjakan segala suruhanNya sama ada wajib mahu pun sunat, Namun tidak cukup dengan itu, di bulan Syawal ini diberi peluang lagi untuk kita mengisi bulan Syawal ini dengan bermaafan sesama manusia, dan ianya boleh dikira sebagai bulan yang mana kita memperbaiki hubungan sesama muslim, sesama manusia. Selain itu, di bulan ini, marilah kita mengaantikan puasa yang telah kita tingaalkan di samping mendapat ganjaran puasa ganti, Allah juga maha Pengasih & pemurah memberi ganjaran puasa 6 hari di bulan Syawal, jangan tunggu bulan Rejab mahu pun Syaban tahun depan menjelma baru nak puasa ganti...
Selamat berpuasa di bulan Syawal...
Selamat berpuasa di bulan Syawal...
Catat Ulasan